|
About;
just a kid who need some space Credit;
The Cretive! © 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.
|
Camp di UM Friday, 25 January 2013 | 0 Comments POST KALI INI SANNNNNGATTTTTTTT PANJANG !!!!!!!!!! Okay post kali ini aku nak bercerita pasal camp yang telah dilakukan pada 16-20 Dicember 2012. Aku ada idea nak cerita pasal camp ini pun disebabkan aku terbaca blog Kakashi yang menceritakan pasal camp dia itu. Jadi, post kali ini pasal camp aku di Universiti Malaya selama 5 hari 4 malam. Aku rasa lah kan post kali ni, akan jadi post yang sangat panjang lebar. Yelah lama tu, bak kata Kakashi 'woi kau pergi camp ke pergi tanam sayur' . Kalau tidak silap aku, lebih kurang macam itulah dia cakap. Aku dah tak ingat.
Okay first day, memang dah penat. Sebab first sampai je, kita orang terus bermain bola jaring. Lepas itu kita orang terus bermain kayak, waktu ini aku memang dah tak sabar gila. Excited sampai termuntah hijau weh. Kayak weh kayak. Ye first time aku buat kayak. Hahaha dalam hujan pula tu. Terharu nya /sobs sobs/ Tapikan, serious penat gilaaaaa tangan nak mendayung kayak tu berat /bukan aku yang berat, tapi kawan aku yang dekat belakang tu/ Lol suka hati je aku mengata dia. Okay .__. sambung. Lepas dah kayak, /lol aku dah tak ingat lepas tu ada apa, okay jap aku cuba ingat balik/ Okay aku cuba cari balik jadual masa dekat camp. /cari jadual/ Okay HAHAH xDD Okay sambung, lepas kayak sepatutnya kita org ada pergi gym, ada lah buat latihan dekat gym, tapi malangnya hujan tetiba turun di muka bumi ini. Haha malam pula, HAHAHAH XDD yang ini tak boleh blah, sebab malam kita orang ada ceramah tentang KEMASUKAN KE UM !!!! HAHAHAHAHA XDD boring tu memang boring, tambahan pula, kemasukan ke UM. Ohh lambat lagi aku nak masuk universiti. Wakaka xDD Okay lepas ceramah kitaorg terus tidur pukul 10.00pm. Yes memang awal kitaorg tidur. Dan tidur dekat dorm, bukan dekat khemah.
Hari yang kedua pula, pagi-pagi kitaorang bangun pukul 6.00am. Kena berkumpul pukul 6.45am. Solat dekat dorm masing-masing. Dorm pun, dua orang je satu dorm. Memang puas hati lah. First, kita orang joging dekat UM tu, tak jauh pun joging sampai dekat pusat sukan je. Lepas itu, kita org buat senamrobik. Lepas dah senamrobik, sarapan dan pengurusan diri. Dalam satu jam jugalah. Tapi pengurusan diri tu, aku tak mandi pun, aku pergi baca buku. Wakaka xD Lepas tu, kita orang ada Bola Baling. Inilah aktiviti yang paling aku tidak suka. Kita orang main bola baling selama 4 JAM !! Weh 4 jam weh, Fasi cakap dia orang training pun 2 jam je paling lama. Kitaorg smpai 4 jam. Dah pula tu, pukul 8.00am smpai 12.00pm. Lama, panas pula tu. Balik dorm je, tengok kulit aku dah terbakar dah. Haa lepas tu ada LATIHAN KOMANDO !!! Weh susah weh, kena panjat tembok, kena merangkak, kena lompat, kena titi jambatan yang bawah dia ada air yg kotor. And paling aku tak suka, kena buat monker bar, dah pula tu bwh menkey bar itu ada air yang kotor yang ada lumut and adalah mcm-mcm jenis lagi. AHAHAHHA aku tak lepas pun monkey bar tu, so aku bermandi lah air yg 'suci' itu. Kemudian, ada makan malam and then ada ceramah pasal Pengurusan Sukan. And masa tengah dengar ceramah /jeng jeng jeng/ Pandalela Rinong masuk! Wakaka yelah, dia kan belajar dekat UM. Haha serious, dia comel sangat. Tak cantik lah sngt /LOL memandai je/ tapi dia cute and comel. Lol yelahkan, tengah boring dengar ceramah dengan muka yang boring tetiba, pandalela masuk dewan. Semua terkejut beruk.
Okay hari yang ketiga pula pagi ada senamrobik. Macam biasa. Lepas itu ada ABSEILING !!! Ala yang turun dari bangunan tu. Turun guna tali lah kan. Serious, masa giliran aku sampai perghhhhhhhhh takut weh. Aku ni dah lah gayat. Inikan pula nak 'terjun' daripada bangunan yang setinggi tujuh tingkat. HAHA cuba bayangkan muka aku masa tu macam mana. Pucat weh. Takut sangat, smpai mengeletar satu badan. Perghh first time buat benda tu. Hahaha tapi alhamdulillah berjaya juga buat benda tu. Memang takutlah, buat abseiling ni. Lepas tu, kitaorg makan and etc. And then, kita orang buat Bleep test. Okay bleep test ni memang memenatkan. Lol aku tak tahu macam mana nak terangkan bleep test ni macam mana. Haha pandai-pandai lah ye cari dekat Mr Google. Dia boleh tolong. Lepas bleep test, kita orang ada futsal. Haha okay sambung, lepas dh futsal kita orang pergi Gym. Haha kali ini, kita orang betul-betul dapat pergi gym dekat UM. Best, kita orang di bagi mencuba setiap alat gym yg ada. Semua orang dapat cuba. Memang puas hati lah. Haha kemudian, malamnya kita orang ada dengar ceramah. Tapi aku tidak ingatlah ceramah pasal apa. Lepas dah dengar ceramah kita orang tidur macam biasa, pukul 10.00am.
Hari yang keempat pula, pagi-pagi macam biasa, kita orang senamrobik. Selepas itu, kita orang ada Flying Fox !!! Aktiviti yang ini pun, baru first time aku cuba. Flying fox dia dekat air. Maksud aku macam, kita orang buat flying fox itu dekat tasik. Tapi masa nak tunggu naik Flying fox tu, Ya Allah punyalah lama. Yelah, aku diantara yang last sekali. Ada yang buat flying fox dua kali. Kemudian pada petangnya pula, kita orang ada perlawanan Komando. Haha ingat tak masa hari yang kedua, kan kita orang ada latihan komando, jadi hari ini kita orang ada perlawanan pula. Haha habis semua kotor.. Maklumlahkan, komando ni memang macam tu. Hahaha yang tak boleh blah nya, aku kena lakukan monkey bar sebanyak 3 KALI !!!! Dan semunya failed. Seterusnya, malam itu dengan pakai baju kurung, kita orang pun ada lah MALAM ANGKASA ! Yang tak boleh blah nya, dah elok-elok pakai baju kurung, hahaha semua kena duduk dekat jalan tar dengan basah, sbb ada hujan renyai-renyai. Wakakakaka masa tu memang kelakar. Tapi takpe. Malam itu, kita orang ada briefing sikit pasal Angkasa. Best !!!!! Dari saat itulah, aku mula memasang angan-angan. Haha aku ingat nak ambil course astronomi masa masuk U nanti /cewahhh/ tapi aku sure, nanti mesti ambition aku sekarang akan musnah sebab selalunya cita-cita aku tak akan tahan lama. Hahaha teruk betul aku ni. Lepas briefing pasal ruang angkasa, kita orang diberi peluang untuk melihat bulan menggunakan /lol aku lupa apa nama benda itu/ hahah benda itu, sejenis alat untuk melihat bulan atau benda-benda di ruang angkasa. Hahaha xDD
Hari yang kelima pun muncul dengan cepat. Masa first day, aku rasa, Ya Allah lamanya aku dekat sini. Tapi bila masuk ke hari yang ketiga, aku mula rasa Ya Allah cepatnya masa berlalu. Aturcara dia pun tepat dan bagus. And hari yang kelima pagi-pagi macam biasa kita orang ada senamrobik. Kemudian, ada kemahiran asas bermain badminton. Selepas bermain badminton, kita orang berkemas. Kemaskan beg-beg. Part ini paling aku tidak suka. Aku tak sukalah kemas-kemas barang, terutamanya kemas beg waktu nak balik. Mesti barang ada terlebih. Tetiba beg jadi macam tak cukup. Adoii, tapi aku buatkan jadi cukup juga. Lepas tu, ada Majlis penyampaian hadiah dan sijil. Hahah masa yang perlawanan komando itu, kumpulan aku dapat tempat yang ketiga. Haha dapat lah cenderamata daripada pihak UM. Cantik. Lepas itu, kita orang ada membuat persembahan, kita orang menyanyi lagu Sempurna dan lagu haa satu lagi aku tak ingat lagu apa. Seterusnya kita orang terus makan tengahari, bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan Fasi /fasi ada enam orang, semua perempuan/ Lepas itu, kita orang pun naik bas, balik semula ke sekolah. Perjalan dalam setengah jam aje. Dekat je. Wakaka xD
|
Post a Comment