|
About;
just a kid who need some space Credit;
The Cretive! © 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.
|
Kpop (?) Sunday, 27 January 2013 | 0 Comments
Post kali ni, aku nak tegur sikit bab-bab agama ni. Lol
adalah juga pasal pembaziran. Korang, selalu sangat soalan ini
berlegar-legar di kotak fikiran aku. Soalan dia macam ini 'Salah ke nak minat
Kpop ni?' Hahahahahaha kadang-kadang aku rasa bersalah pula minat Kpop ni.
Kerana orang disekeliling aku asyik 'menceramahkan' aku pasal Kpop ni.
Terutamanya ayah aku. Yes, ayah aku adalah juga macam menyindir aku tentang Kpop
ni. Lagipun, aku ni minat Kpop tapi tak nak tunjuk dekat keluarga yang aku
ni minat Kpop.
Okay kembali kepada soalan tadi. Ustaz Azhar Idrus, pernah
berkata-kata bahawa nak minat Kpop atau apa-apa aje tidak menjadi masalah. Cuma
benda yang kita minati itu tidak boleh melanggar hukum hakam agama. Macam,
jangan lah kita terlalu lalai dengan Kpop ni sampai boleh melambat-lambatkan
solat. Itu dah dikira HARAM. Sama juga macam tengok TV, tak salah nak tengok
TV, tapi jangan sampai kita melambat-lambat kan solat. Itu dah dikira
HARAM.
Selalu sangat aku dengar pasal orang kutuk-kutuk Kpop ni.
Okay aku faham perasaan dia orang /mungkin tak seberapa faham sangat, tapi aku
faham lah sikit-sikit sebab dulu aku pun tak minat Kpop/. Mungkin dorang
rasa yang minat Kpop ini macam entah apa-apa ntah. Dorang rasa yang kita ini
terlalu obses sampai sanggup menghabiskan beratus-ratus bahkan beribu-ribu
untuk Kpop ini. And Kpoppers pun cakaplah yang itu duit dia, suka hati dia lah
dia nak buat apa pun dengan duit dia kan. Okay dekat sini lah yang aku tidak
suka. Okay aku tahu itu duit korang but, hmm dont spend too much untuk beli
barang-barang Kpop ni. Actually boleh dikatakan korang ni membazir.
Spend untuk something yang tak berbaloi. Aku nak bagi pendapat aku. Baik korang dermakan atau gunakan duit tu untuk
perkara yang lebih berfaedah. Contohnya: menderma untuk Gaza ke, anak-anak
yatim ke, menderma untuk orang yang memerlukan. Or korang boleh simpan duit itu
untuk masa hadapan. Maybe untuk sambung belajar. Yelah kita tak tahu apa yang
akan berlaku di masa hadapan kan. So bersedia lah. Bak kata pepatah 'Sedia kan
payung sebelum hujan'. Haha sometimes aku tak berapa suka sangat dengan
perangai sesetengah Kpoppers. Aku tahu dia orang terlalu sayang kan Oppa(s)
but jangan terlalu obses. Jangan jadikan Oppa(s) tu sebagai idola kita. Idola
kita ialah Muhammad S.A.W. Honey, don't be too obsessed with Kpop. Kalau
setakat minat, tak apa.
Okay and aku nak tegur juga tentang aurat. Muahahaha aku
tahu yang fangirling ni semua, hmm bukan semua but almost suka sangat tengok
abs kan. Aku pun sometimes suka juga, but sekarang baru aku
sedar, bahawa tengok aurat orang lain itu dosa. Aurat lelaki dari pusat sampai
ke lutut. Manakala aurat orang perempuan dari hujung rambut sampai ke hujung
kaki kecuali muka dan pergelangan tangan.
Okay dari sini pun korang dah tahu
kan bahawa tengok abs tu dah boleh dikira berdosa. Sebab nampak pusat diaorg.
Kalau tak nampak aku rasa okay (kot). Bagi yang ber fanboying pula, ya ya ya ya
ya aku tahu memang susah kan. Hahahaha lagi-lagi dorang tu kafir. But hmm
elakkan lah tengok aurat diaorang ye. Actually bila tengok aurat orang yang
bukan muhrim berdosa. So elak-elakkan lah ye. Wakakaka xD Aku ni macam failed
je nak bagi ceramah. Apa yang aku tahu, haram bagi seseorang untuk melihat
aurat orang yang bukan muhrim nya. Hukumnya HARAM. Berdosa. So elak-elak kan
lah ye.
Hahaha maybe aku tak berapa bagus sangat tentang agama ni,
tapi aku akan share lah serba sedikit pasal agama ni. Mungkin aku akan tegur
serba sedikit pasal perangai sesetengah Kpoppers ni. Kalau ada terkasar bahasa
ke, tersalah info ke apa ke aku minat maaf ye. Aasif. Aku pun bukan lah seorang
manusia yang sempurna, tapi aku cuba untuk mempertingkat diri ke arah yang
lebih baik. In Sha Allah. Mungkin aku akan tegur lagi perangai Kpopppers ni.
Hahaha yang jahat itu datang dari saya dan yang baik itu semuanya datang dari Allah
S.W.T. /Lol aku dah rasa macam diri aku ni ustazah pula xD/
Okay aku just share apa yang aku rasa, kalau salah, tegur
lah. Kalau betul ambil lah sebagai pengajaran. Aasif. Hmmm yang aku tegur ini
pun daripada pandangan aku la. Hmm kalau nak tegur semua memang akan panjang lebar lagi, tapi aku hanya tegur
yang ini dulu. Assalamualaikum berjumpa lagi di entry yang akan datang ya
|
Post a Comment