|
About;
just a kid who need some space Credit;
The Cretive! © 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.
|
Cita-cita Friday, 1 February 2013 | 0 Comments
Hari ini aku nak
bercerita tentang cita-cita? Hmm apa itu cita-cita? Bagi aku, cita-cita itu ialah impian seseorang apabila sudah dewasa kelak. Lol aku still tak ada
cita-cita sampai sekarang =____= Serious, dari dulu sampai sekarang cita-cita
aku asyik berubah-ubah. Aku ni macam tak ada pendirian yang tetap. Yes
memang pun. First aku nak jadi cikgu, lepas itu polis, seterusnya doktor,
kemudian pilot, scientis dan sekarang pakar psychology. Lol aku tetiba tertarik
kepada psychology pula. Hahaha but aku tak tahulah nak ambil apa masa dah form
4 nanti.
Tapi sejak akhir-akhir ini, tetiba aje aku ingin menjadi seorang pendakwah.
Wahhh pendakwah tu. Nampak macam aku ini masih tak cukup lagi ilmu di dada. Ye
aku tahu. Okaylah mungkin dakwah aku tidak sehebat orang lain sebab iyelah aku
ini orang kata masih lagi 'kanak-kanak ribena'. Hmm mungkin cara dakwah aku
berlainan.
Haha mungkin aku dakwah setakat apa yang aku mampu dan apa yang aku tahu.
Berdakwah tidak semestinya kepada semua orang. Tapi cukuplah berdakwah kepada
orang yang terdekat dahulu. Berdakwah ini, ada bermacam-macam jenis. Zaman
sekarang ni kan dah maju, mungkin kita boleh berdakwah melalui dunia tanpa
sempadan ni.
Banyak aje aku tengok orang yang berdakwah melalu dunia sempadan ni. Hati aku
pun mula tertarik. Memang ilmu agama aku memang tak setanding para ulama' tapi
aku akan sampaikan apa yang aku tahu. Untuk dikongsi bersama. In Sha Allah.
Ilmu Allah ni kenalah dikongsi. Aku nak berubah menjadi yang lebih baik. Yang
lebih baik dari semalam. Dan akan menjadi yang terbaik. In Sha Allah. Amin.
Banyak pendedahan yang aku dapat daripada internet ni. Ramai
pendakwah-pendakwah milenia yang aku jumpa. Terbuka hati aku untuk berkongsi
serba sedikit tentang Islam. Mungkin tak banyak, tapi harap-harap bermanfaat.
Hahaha janganlah MALU untuk berbuat KEBAIKAN, tapi MALU lah kepada Allah kerana
kita tidak melakukan apa yang disuruh. Jangan salah tafsir kan sifat malu
itu.
Hahah aku ni selalu sangat lari tajuk ketika membuat entry. Haha okay sampai
disini sahaja entry untuk kali ini. Berjumpa di entry yang akan datang. In Sha
Allah itu pun jikalau kita masih diberi peluang untuk menjejak kan kaki di bumi
Allah. Amin. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri
aku sendiri. Kalau ada salah dan
silap, tergurlah. Manusia ini memang selalu membuat kesilapan. Wallahu'alam.
Assalamualaikum.
|
Post a Comment