life.
About;
just a kid who need some space

A soul that need to be amended.


Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.

Bersyukur
Tuesday, 30 April 2013 | 0 Comments
Assalamualaikum. Ye aku tahu previous post aku memang lah tersangat merepek? Why? Because masa itu aku sangat kecewa. Terlalu kecewa. Rasa dikhianati. Tapi rasa itu hilang sebaik sahaja aku bangun dari tidur. Yes aku kalau ada problems, lepas tidur mesti dah tak kisah sangat pasal problem tersebut. Dan aku tahu sebesar mana pun problem kita, ingatlah bahawa ada orang lain, masalah dia lagi besar dari kita.

Allah menguji kita mengikut kemampuan kita. Kalau kita ada masalah, try luahkan masalah kepada orang lain. Sebab dengan meluahkan masalah kita, kita akan merasakan bahawa masalah yang kita hadapi tu Inshaallah akan semakin ringan. Kalu kita rasa hidup kita ni susah sangat, perit sangat, ingatlah ada lagi orang yang hidupnya lagi susah dari kita. Contohnya, saudara Islam kita di Palestin tu, masih dijajah oleh Israel.

Dia orang dekat sana ramai yang susah. Nak makan susah. Tempat tinggal tak ada. Kawan-kawan tak ada. Nak pergi ke sekolah pun susah. Ada sesetengah kanak-kanak tu, ibu bapa dia dah tak ada, mati syahid. Allahuakbar! Dan banyak lagilah yang berlaku dekat sana. Kita dekat sini ada kawan, ada ibu bapa, ada makan minum, kita pergi ke sekolah dapat menimba ilmu tapi kita dekat sini tak suka. Dekat sana, mereka nak sangat pergi sekolah. Nak sangat belajar. 

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan asyik nak merungut je. Ingat, kalau kita rasa hidup kita ni susah, ada orang yang lagi susah. Lagi susah dari kita. Kita dekat Malaysia ni, ramai yang meninggal dunia disebabkan oleh terlebih makan. Banyak makanan yang kita buang. Asal tak suka or tak habis je, kita buang. Dekat negara-negara yang tak cukup makanan tu, Ya Allah kesiannya mereka. They're lack of protein. Ramai dekat sana yang meninggal dunia disebabkan oleh tidak cukup makanan. Ya allah kesiannya dia orang.

Kita dekat sini, makanan main buang-buang je, dekat sana bertapa susahnya mereka nak mencari sesuap nasi. Ya allah bertapa seksanya mereka dekat sana. Kita dekat sini patut bersyukur BUKAN merungut. Sikit-sikit merungut. Itu tak dapat merungut. Ini tak dapat merungut. Ada orang yang lagi susah daripada kita dekat dunia ni, dan mereka semua tabah hadapi semua dugaan Allah s.w.t. 

Bersyukur sebab kita lahir dalam keluarga yang lengkap. Bersyukur sebab kita mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua-dua ibu bapa kita. Bersyukur sebab kita cukup anggota badan. Bersyukur sebab kita masih diberi makan dan minum yang cukup. Bersyukur sebab kita masih dilimpahi oleh kesenangan. Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas, diberi peluang untuk melihat lagi dunia Allah s.w.t yang indah ni, diberi peluang menebus kembali kesilapan kita. Bersyukur lah dengan apa yang kita miliki sekarang.

Jangan kita menyesal kalau semua apa nikmat ni ditarik balik oleh Allah s.w.t. Allah beri kita peluang untuk menebus kembali kesilapan kita yang lalu. Bukan menambahkan lagi kesilapan kita yang lalu. Hahahaha okay gila lah malam ni aku ceramah pasal bersyukur ni. 

Hahaha actually kalau boleh aku nak buat panjang-panjang lagi, tapi apakan daya, aku tak suka sangat taip panjang-panjang ni ((eventhough entry kali ni memang tersangat panjang)) Hope korang dapat sedikit sebanyaklah dari entry kali ni. Hahaha panjang sungguh. Btw, cubalah hayati video dibawah. Video ni yang banyak menyedarkan aku. Okay buat apa yang kita suka, asalkan tidak melanggar hukum syara'. Assalamualaikum.

http://www.youtube.com/watch?v=_1aGGYunNIQ


PASTFUTURE


Post a Comment