|
About;
just a kid who need some space Credit;
The Cretive! © 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.
|
Pengawas Monday, 15 April 2013 | 0 Comments
Assalamualaikum. wakaka aku tak tahu kenapa aku letak gambar itu. HAHAHAHA tak senonoh betul. Okay aku nak cerita pasal pengawas. Tadi ramai kawan kelas aku kena PAKSA jadi pengawas tahu ini. Kesian dekat dia orang. YES cikgu PAKSA siap UGUT lagi. Kenapa cikgu melakukan perkara sedemikian? Kerana ramai calon pengawas yang dipilih oleh cikgu telah menarik diri daripada menjadi pengawas termasuk aku. Lol ye aku terpilih jadi pengawas tapi aku tolak. Batch aku ramai yang drop daripada menjadi pengawas. Nasib baik aku tolak tawaran tu awal-awal. Entah cikgu mana entah yang baik hati sangat pilih aku jadi pengawas. Sebab?
Jadi pengawas sangat menyusahkan. Aku ni dah lah jenis yang pemalas. Yelahkan kalau jadi pengawa kena tolong cikgu angkat buku lah, itulah, inilah. Lepas itu kena datang awal ke sekolah. Perghhh part ni memang aku lemah gila sebab aku datang sekolah pun macam, bila aku masuk je pagar sekolah, time itulah loceng hendak berbunyi. Wakaka ni nak suruh aku datang seawal 6.50am memang tak lah. Aku datang sekolah pun dalam pukul 7.15-7.20am sebab sekolah aku start pukul 7.20am.
Selain itu, baju pengawas tersangat lah mahal. Lebih kurang RM800 !!!!! Pergh mahal gila. Masa aku sekolah rendah dulu, masa jadi pengawas, baju baru dalam RM100 lebih. Ni RM800 bankrup ibu ngan ayah aku. Lepas tu, setiap pengawas dipaksa untuk pergi ke kem dengan harga lebih kurang RM350 !!!!!! Pergi kem pun dah RM350 chet. Cekik darah betul sekolah aku. So kesimpulannya nak jadi pengawas kita terPAKSA mengorban lebih kurang RM1000 lebih. Huh baik tak payah jadi. Waste money je. Dan aku ada banyak lagi sebab kenapa aku tak nak jadi pengawas.
Okay yang pasal kawan aku tu. Tadi Cikg disiplin tu panggil kelas kita orang sahaja. Kenapa dia panggil kelas kita orang sahaja? sebab kelas kitaorang ni boleh dikira kelas yang terpuji /cewahhh/ dari semua kelas yang lain. Sebab last year cikgu cakap, ramai cikgu lain puji kelas kita orang sebab kelas kitaorang berkerjasama melakukan setiap aktiviti. Dan kita orang banyak menang dalan setiap pertandingan yang dianjurkan. LOL. Sebab tu je, so cikgu je randomly pick orang yang cikgu disiplin itu rasa boleh melakukan tanggungjawab sebagai seorang pengawas.
Korang bayangkan, cikgu tu tak kenal kita orang sangat. Bila dia panggil kita orang, dia macam main pilih je suruh masuk bilik dia. Then bagi surat jadi pengawas. Tak baik sungguh cikgu tu. Aku dapat merasakan bahawasanya cikgu disiplin sekolah aku sangat desperate untuk mengambil orang menjadi pengawas. Semua yang cikgu pilih itu tak boleh tarik diri daripada menjadi pengawas.
Dan pasal kawan aku yang kena paksa tu, pergh semua kawan aku yang kena paksa jadi pengawas tu, semua nya tak nak jadi pengawas. hahaha aku tahu kenapa. Alasan dia orang sama je macam aku. Dia orang pun bukannya rajin sangat macam aku. Semua jenis yang pemalas macam aku. Kita sehati sejiwa. Dah pula tu, perangai dia orang semua bukannya baik sangat pun. Tapi lebih baik dari aku lah kan. Obviously. Ada seorang dua kawan aku kena ugut oleh cikgu untuk jadi pengawas. Mereka DIUGUT dan DIPAKSA.
Pergh aku bersimpati terhadap mereka. Diaorang memang tak nak sangat jadi pengawas. Tapi cikgu macam ugut. Siap ambil nombor telepon mak dia /kawan aku tu/ cakap nak call. Dan dia suruh kawan aku bagi tiga sebab yang munasabah kenapa tak nak jadi pengawas. Perg aku tengok kawan aku tu macam nak nangis je sebab kena jadi pengawas. Seriosu batch aku semua nya tak nak jadi pengawas so sebab itulah cikgu memaksa orang untuk jadi pengawas. Aku pun agak bersimpati terhadap cikgu. Disebabkan calon pengawas yang telah dipilih orang cikgu lain telah menarik diri, ramai lah juga, so cikgu just main pilih je orang untuk jadi pengawas.
Okay aku rasa sampai situ ajelah post kali ini. Dan aku sangat tak puas hati. Kalau boleh aku nak je tulis lagi panjang. MEMANG SANGAT TIDAK BERPUAS HATI. Kesian kawan aku kena paksa menjadi pengawas yang sudah sememang nya dia tak suka pengawas. Sama macam aku. Lol aku tak tahulah macam mana aku dulu boleh jadi pengawas masa sekolah rendah. Mungkin masa tu aku nak mencari pengalaman menjadi pengawas. Yelah masa tu masih budak mentah. Masih tidak mengenal erti pengawas. Cewahh dan kenapa aku post gambar yang tak senonoh ni? sebab tengah sakit hati so sebab tu lah aku letak gambar tak senonoh ni. Bila tengok gambar ni, boleh lah sikit menggembirakan hati aku yang sakit ni. Haha kalau ada typo tu, abaikan jelah. aku memang dah malas nak check. bye assalamualaikum.
|
Post a Comment