life.
About;
just a kid who need some space

A soul that need to be amended.


Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.

Alhamdulillah kami MENANG
Monday, 24 June 2013 | 0 Comments
Assalamuaaikum. Yeay alhamdulillah pasukan kitaorang mewakili daerah Petaling Utama, dari sekolah SMK (P) Sri Aman menang. Rasa WOW !!! Argh seriously tak sangkanya. Sebab semua yang bertanding semua nya hebat-hebat belaka. Masa daerah lain tengah buat performance aku rasa macam
"wah hebatnya lakonan diaorang semua ni"
"boleh ke sekolah aku menang?"
"lakonan diaorang namapk real lah"
"Ya Allah kalau aku salah buat macam mana?" 
Itulah antara apa yang aku rasa masa tu. sobs aku tak suka rasa macam tu. Dah lah aku memain peranan yang penting dalam pentomen tu, so aku rasa sangat risau dan takut. Sebab masa tu, sebelum pertandingan bermula, aku adalah beramah mesra sikit dengan peserta-peserta yang lain, dia orang tanya "hmm semua terlibat ni kebanyakannnya form berapa?" aku pun jawablah "kebanyakkannya form 2 and form 3, ada dua orang je form 4. Awak pula?" "Oh akak pasukan akak semuanya form 4 and form 5"

Sobs antara 9 buah daerah yang bertanding, pasukan sekolah aku je yang  mempunyai peserta yang muda. Pasukan daerah lain semua form 3, form 4 and form 5. So disebabkan itulah aku merasa takut sebab yelah mesti yang masuk ni semua dah ada banya experienced from kita orang ni kan. Tapi senior aku yang form 4 tu cakap "tak apa, walaupun kita ni ramai yang masih muda lagi, tapi kita kenaa buktikan yang kita ni boleh"

Senior aku yang form 4 tu, dia jadi narrator. Aku pula jadi orang yang handle music latar belakang. So aku rasa takut sebab kalau lah aku salah hnadle musics ni, habislah lakonan kawan-kawan aku semmua hancur. nak tahu tak, masa nak handle kan music tu semua, tangan aku menggeletar. Fuh sejuk je tangan aku masa tu. Ya aku memang sangat takut.

Btw aku tengok semua pasukan yang bertanding hari tu, macam tak gementar langsung. Rileks je aku tengok diaorang. Sobs aku dah susah hati dah masa tu. Takut bukan main lagi. Hahaha darah aku semua kecut habis. Tibalah masa persembahan kitaorang, kakak form 4 form sekolah aku cakap "mimi, mimi jangan takut eh, mimi rileks je. focus kan dengan music je. Lagipun kalau mimi takut, nanti akak pun jadi nervous." Hmm akak tu jadi narrator, dia berdiri sebelah aku masa kitaorang perform tu. Oh ya walaupun  aku ngan akak tu berada hanya di belakang tadbir sebab akak tu narrator dan aku pula music latar belakang tapi kita orang sangat takut, sebab kita orang memainkan peranan yang agak penting.

Lepas habis je performance, kitaorang rasa macam 'argh akhirnya beban yang dipikul telah tiada' ahahah asal ayat aku macam lame je. okay ._. Memang rasa macam lega gila lah. Yelah sebab aku banyak kot skip kelas sebab nak berlatih for pentomen ni, akhirnya semua ni telah terbalas dengan dengan argh apa eh ayat tu, lupa kan jelah.

Gambar? Lol gambar aku tak sure lagi, nanti kalau ada kawan aku yang post dekat facebook nanti aku hmm in sha allah post dekat sini. Hahaha aku memang tak sangka aku pasukan kitaorang dapat tempat pertama. Sebab masa bertanding dekat peringkat daerah haritu, kita orang dapat number 1 pun sebab ada pasukan yang tarik diri. So tinggal pasukan kita orang je yang bertandingan. Jadi ia dikira menang tanpa bertanding. Hmm rasa macam tak syok sebab kita menang tanpa bertanding, rasa macam tak menang je.

Tapi alhamdullilah kita orang bukti kan juga walaupun kita orang menang tanpa bertanding diperingkat daerah, walaupun umur kita orang yang kebanyakkan masih lagi muda bertanding pula dengan senior form 4 and form 5 tapi kita orang akhirnya berjaya juga buktikan bahawa kita orang boleh. Haha kitaorang telah mengalahkan senior-senior dari pasukan-pasukan dari daerah-daerah yang ada. Rasa macam magic je.

Oh btw masa dekat sana /Sekolah Menengah Agama Pasir Panjang/ aku tengok semua pakai tudung semua labuh labuh tutup sampai ke perut. Pergh aku rasa jahil pula sebab pakai tudung hanya menutup apa yang Allah suruh je. Yelah kalau pakai tudung kan kena tutup dari kepala sampai dada. Tapi diaorang tutup bukan main labuh lagi arghh. Yang penting aku rasa yang diriku ini jahil. Aku suka tengok orang yang pakai tudung labuh-labuh, pakai purdah ni. Aku rasa macam entah lah tak boleh describe. Tapi aku suka tengok, bila dah tengok susah pula tu nak mengalihkan pandangan. Aku rasa terpegun melihat diaorang pakai tudung labuh, pakai purdah semua ni.

Bila lah aku nak pakai macam tu? Masanya belum sampai. Hahaha tapi kan, aku tak suka tengok orang yang pakai tudung semata-mata nak ikut fashion. Bila ikut fashion, ada lah fashion itu, ini, dan ayah aku cakap, fashion dio rang pakai tudung ni, dah macam paderi dah. Ada sanggul yang besar-besar dekatt belakang kepala lah, ada yang lilit tudung dekat kepala je dan macam-macam lagi. Contoh macam dekat bawah ni.





tak jauh beza pun fashion tudung kita sekarang dgn paderi


Maaf lah kalau aku menggunakan icon-icon korang semua sebagai contoh tapi memang betul, cara diaorang pakai tudung menyalahi hukum syara'. Kita harus MENUTUP aurat bukan MEMBALUT aurat. Haha daripada cerita pasal pentomen pasukan aku sampai lah ke fashion bertudung sekarang. Bila aku sangat rajin, memang sangat panjang lah aku mentaip. Tapi kalau aku malas, aku memang tak update berbulan-bulan. Okay lah kalau korang terasa i'm so sorry. If bukan aku, siapa lagi yang nak tegur korang semua. Aku tegur untuk kebaikan bersama dan untuk peringatan diri sendiri. Senyum.

PASTFUTURE


Post a Comment