|
About;
just a kid who need some space Credit;
The Cretive! © 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.
|
Kemalasan Thursday, 6 June 2013 | 0 Comments
Khusus kepada remaja dan pemuda... terutamanya
yang masih sedang belajar...
Kemalasan untuk berbuat sesuatu ialah
pencuri masa manusia yang teragong. Yang menjadi mangsa kemalasan ialah minda
kita - yang liar memikirkan benda silam, kini dan masa depan dengan penuh
kesusahan, kebimbangan dan ketakutan.
Kemalasan juga adalah pintu kepada
kemurungan dan kekecewaan kerana minda sibuk melayan bisikan syaitan. Jangan
duduk tanpa melakukan sesuatu berfaedah.
Jika anda tiada kerja berfaedah waktu ini, bangun dan baca Quran, baca apa-apa
buku, berzikir, menulis, membersihkan rumah dan buatlah apa sahaja yang boleh
menjauhkan diri kita daripada termenung dan kebosanan.
Senyum, dan buatlah kerja. Jangan dok melayan bisikan syaitan dalam khayalan kerana malas. Senyum
(Cr : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man )
|
Post a Comment