life.
About;
just a kid who need some space

A soul that need to be amended.


Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.

Lifeless.
Monday, 24 June 2013 | 0 Comments

Pergh aku rasa memang tersangatlah lifeless sekarang ni. Aku macam tak ada perasaan, emotionless. Dan aku merasa macam aku ni tak terurus. Entah lah, makin lama makin boring je. Hahaha aku dah boring dengan hidup aku yang asyik ulang benda yang sama je setiap hari. Ah, aku nak buat perkara yang aku tak pernah buat lagi, tapi macam mana? Boring ah asyik buat benda yang sama je tiap hari. Dah lah aku ni jenis yang cepat boring terhadap sesuatu.

Sekarang bagi aku, twitter, facebook, blog and etc tu semua boring sangat. Tak ada benda lain ke? Argh sememangnya aku cepat boring terhadap sesuatu perkara. Tapi Tumblr tu okay lagi kan sebab tiap-tiap hari ada je gambar baru. So tak ada lah boring sangat. Dah pula tu, pendrive aku hilang. So semua lagu, gambar kpop etc semua hilang. Alhamdulillah sangat. Yelah tak adalah aku obsess sangat dah dengan kpop ni. So sekarang ni aku dah tak ada gambar, lagu etc pasal kpop semua ni. 

Tapi rasa terkilan juga sebab sobs berpenat lelah jugalah nak download semua lagu-lagu and gambar-gambar tu tapi akhirnya hilang macam tu aja. Haha rasa macam aku ni tak cerdik je. Btw handphone aku pun hilang juga. Seingat aku, kali terakhir aku nampak phone pada 9/06/2013. Dan aku letak phone dekat katil. Dan sampai sekrang aku cari masih tak jumpa. Dulu kalau hilang aku jumpa. Tapi sekarang, hilang tak jumpa. Aku tak kisah sangat kalau phone hilang, tapi aku nak simcard tu. Sebab dalam tu, ada numbor kawan-kawan aku. Nombor kawan-kawan lama dan baru. 

Banyak betul benda yang hilang. Tapi aku redha je. Hahah malas nak fikir benda-benda yang remeh temeh tu semua. Buat sakit otak je. Aish aku ni memang jenis yang malas nak fikir benda-benda yang tak mendatangkan faedah kepada aku. Rasa macam membazir je. Yelah aku kan tak suka membazir, so wasting my time je fikir benda tu semua. Dah lah aku ni pemalas, nak fikir pun malas. Homework? aku buat bila cikgu nak minta or cikgu tu garang. Kalau cikgu tu baik, aku buat homework dia tapi aku buat lambat-lambat. Mengambil kesempatan. 

So sekarang ni, aku rasa aku menghabiskan masa emas aku dengan membaca buku novels. Haha tbh aky prefer novel daripada fanfic. Entah sebab aku rasa fanfic tu macam lain macam je. Macam pelik je. Entah aku tak tahu macam mana nak describe feeling aku. Ia tersangatlah sukar difahami. Aku rasa aku dah mula hendak menghayati dunia luar. Cewah dah 13 tahun 8 bulan 25 hari aku hidup, aku baru nak merasa menghayati kehidupan luar. Tapi entahlah, aku tak merasakan aku menghayati kehidupan luar sebab aku duduk dalam rumah je. Tak keluar pergi mana-mana pun. Habis-habis pun pergi sekolah and pergi bertanding dekat luar sekolah.

Orang lifeless and emotionless macam aku memang macam ni. Aku tak tahu apa yang aku buat dekat rumah samapai aku jadi busy sangat. Homework aku tak buat, house chores aku buat kalau ibu aku suruh, kalau dia tak suruh aku tak buat. Tengok tv? Tak ada cerita yang menarik perhatian aku. Semua cerita sama je. B O R I N G. Makan? Aku macam dah tak ada nafsu makan je. Baca novel? Hmm aku rasa tu je. Tidur? Bila waktu malam macam biasa, tidur lah. Kalau waktu siang tidur memang takkan punya.

Aku tulis panjang-panjang macam ni sebab aku B O R I N G. Nak topup pun aku malas nak pergi kedai. Dan tetiba rasa membazir pula topup phone aku sedangkan aku boleh je call and sms guna phone mak and ayah. Sebab phone diaorang tu dikira phone kedua aku. Aku boleh menggunakannya sesuka hati. Cewah. Tapi aku tak guna pun, aku guna bila dah terdesak je. So Kakashi, Naruto and Ryukendo and sesiapa je lah yang nak meng-contact saya melalui phone, anda sudah mengo-contact saya sekarang kerana saya sudah menjumpai telefom bimbit saya. Alhamdulillah.


Okay lah, tu sahaja entry aku setakat ini. Semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang, dimana kalau aku B O R I N G baru aku akan tulis entry yang akan datang dengan panjang berjela-jela. Nanti kan lah ye. Btw baru-baru ni aku ada feeling yang baru dan pelik, di mana taatkala aku melihat gambar Lee Joon, aku merasakan BOOM . Lol tak tahu macam mana nak describe tapi rasa macam 'wah asal lah mamat ni handsome sangat ah' serious, aku tak pernah suka bias aku sampai macam ni. Haha okay ah bye. Assalamualaikum.

PASTFUTURE


Post a Comment