|
About;
just a kid who need some space Credit;
The Cretive! © 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.
|
Cuti Sekolah Bermula Tuesday, 12 November 2013 | 1 Comments
Fuh
akhirnya aku dah mula cuti sekolah. Sobs orang lain dah lama dah cuti sekolah
aku baru je harini. So aku rasa aku akan hidup kebosanan semasa cuti sekolah ni
dan aku bercadang untuk active semula di blog. Bukan senang orang sibuk macam
aku untuk kembali active di blog menemani peminat-peminat yang sudah merindui
ku sejak azali kita berkenalan lagi /kerek/
Tapi
memang serious aku akan rasa teramat bosan sampai tak tahu nak buat apa selain
ber-internet. Tapikan aku rasa masa terlalu cepat berlalu. Next year aku dah form 3 u.u Aku rasa aku baru je masuk form 2 ni and macam tak sampai setahun je lagi aku dalam form 2. Masa berlari dengan pantas, aku tidak dapat mengejar beliau jadi aku ketinggalan dibelakang.
Lagipun, aku rasa masa berlalu dengan pantas adakah mungkin kerana disebabkan oleh pbs? Sobs hidup aku sentiasa dihujani oleh anasir-anasir jahat pbs ni. Malangnya, pbs ni sangat penting lagi terpenting untuk masa depan aku sebab pbs ni tergolong di dalam markah pbsmr and spm. Hampeh. Kenapalah nak buat sistem yang sedemikian? Kenapa?!!!!! Kenapa harus menyusahkan kami?
Kenapa kita tak boleh teruskan dengan pmr je. Ada masalah ke dengan sistem peperiksaan menengah rendah ni? Aku rasa macam tak ada masalah je. Masalahnya sekarang ialah pbs. Ianya hmm semakin lama semakin susah untuk mendapat band 6. Dan sangat terseksa. Terima je lah
Kalau dulu aku jarang update blog sebab sangat busy tapi kina tidak lagi. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu busy sekarang alhamdulillah. Takpe jangan risau dan jangan rindu aku sangat sebab aku akan mungkin in sha allah akan sentiasa online. Nak buat apa lagi dekat rumah kalau bukan online. Fuh aku rasa nak membaca sekarang. Ya allah last year waktu cuti sekolah aku buat apa je?
|
Sasuke, wa nk pendrive lu esk..
Post a Comment