|
About;
just a kid who need some space Credit;
The Cretive! © 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.
|
alhamdulillah Saturday, 17 May 2014 | 0 Comments ![]()
Dah lama rasanya tak main blog blog ni. Hm entahlah blog yang lama rasa macam hampeh je. Bila aku baca first entry aku yang dulu aku macam "Hahaha pra-matang sungguh aku ni. Perangai macam budak-budak (eventhough aku memang budak budak lagi pun tak dinafikan) yang kurang kasih sayang." Actually aku malu gila bila baca first entry aku. Aku tak tahulah apa yang aku fikirkan sangat dulu. Sangat sangat memalukan. Sangat tidak bagus. Sangat kebudak-budakkan.
Itulah bila dah besar (lah sangat) aku rasa lawak lah dekat diri aku yang dulu. Mungkin 10 tahun yang akan datang, bila aku baca balik apa yang aku tulis ni, aku mesti akan "Kenapa aku macam ni dulu?" "macam budak budak" "Sungguh memalukan" well mesti akan jadi macam tu punyalah. Yelah people kan change so am I. Jadi terimalah perubahan diriku ini /poyo/
By the way, exam mid year baru habis. Alhamdulillah aku berjaya habiskan semua paper. Dan aku redha je dengan result aku nanti sebab aku tahu setakat mana aku dah berusaha (actually aku tak berapa nak berusaha sangat pun) untuk exam kali ni. Ranchaini cakap the next exam will be on July. Masa exam yang July tu akan jadi Ujian Percubaan PT3 hmm cepat gila. Rasanya tak sampai dua bulan pun lagi dan aku masih disini, menunggu saat-saat terakhir. K k k aku study nanti. Actually aku malas tapi hm tengoklah macam mana. Ye ye mula plan nak study bagai, akhirnya harapan hanya tinggal harapan. Aku masih sama je tak berubah. Heh nampak sangat azam aku tak cukup utuh untuk meneruskan kelangsungan hidup yang penuh dengan pancaroba ini /skema/ Tahun ni je dah Macam-macam benda yang berlaku Contohnya aku nak sangat pindah dari sekolah, aku dah tak nak study dah, aku malas, ada orang meninggal, aku dah habis exam dan sebagainya. Banyak sangat malas nak type. Tapi yang berlalu akan tetap dikenang. Aku akan tetap dengan cita-cita aku untuk nak keluar dari sekolah suatu hari nanti. Tapi kena study dulu, aku tahu yang ilmu ni penting. Kalau tak ada ilmu, kita ni ibarat tin kosong yang tak berguna. Nanti Allah tak suka (ewah macam pantun dua kerat pula) Aku masih berpegang dengan kata-kata seorang anak muda yang berjaya : "Apa yang diusaha, itulah yang akan diterima sebagai kejayaan -SyamimiNamialus-"Jadi Kalau kita dah berusaha dengan bersungguh-sungguh insha-ALLAH result dia akan jadi gempak. Kalau dia jenis yang macam acuh tak acuh je, jadi result dia pun 'booo'. Tapi, Kalau jenis yang pandai tu, kau belajar ke tak belajar ke, kau tetap pandai juga T_T Shobita....Hishmetaa...Aathira... Sepatutnya korang tak payah dah datang sekolah. Duduk rumah je. Korang dah terlebih advanced. Hm aku ada tengok shobita study macam mana, fulamak dia tu menghafal satu buku. Tak kira buku teks ke, buku reference ke apa ke, dia jenis hafal semua benda. Duh. Aku tengok dia dah macam robot je, semua benda dia nak hafal and aku just duduk sebelah dia, tak pegang buku, duduk dekat kerusi and dengar je apa yang dia hafal. Haha kan senang ada orang bacakan untuk aku. Boleh lah, kira masuk lah juga apa yang dia cakap. Tu cara aku belajar. Haa tak berguna sungguh. Langsung tak efektif. Dah ah tak study sangat, study pun last minute, dah lah last minute tapi tak pegang buku. Just dengar orang bacakan untuk aku. Tapi okay what, dia dapat ilmu, aku pun dapat ilmu. Two in one. Tak payah bazir masa. Nasib baik apa yang dia baca tu keluar exam. Nasib baik. Hm tengok lah exam yang akan datang, inSha Allah aku akan usaha dengan lebih sikit. Panjang entry kali ni. Okay lah tu, aku bukannya selalu update, jadi sekali buat entry panjang berjela. Kira lepas lah rindu korang terhadap gaya penulisan aku. Nak rindu lebih-lebih pun tak pa, aku faham. Hahaha. K k k bye budak-budak, baik hangpa semua pergi study. Pergi baca buku. p/s : this post was published on 18/05/2014 1:15AM at my other blog. |
Post a Comment