|
About;
just a kid who need some space Credit;
The Cretive! © 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Syaza Syamimi.
|
orang mukmin. Wednesday, 15 October 2014 | 0 Comments ![]() ![]()
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata
"Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara"
Tanda Pertama pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebarkan fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu"
Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.
Ketiga pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat"
Keempat, pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Nabi SAW bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka" Kelima, pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata: "Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerasa takut kepada Allah" Keenam, pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh. Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaanya Allah. takut pada riak dan munafik. Barangsiapa melakukan tujuk perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah swt: "Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan dekat mata air-mata air (yang mengalir)"
(Surah Al-Hijr : 45)
Seolah-olah Allah mengatakan, "Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api Neraka"
Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya.
p/s: this post was published on 16/10/2014 7:42AM in my other blog
|
Post a Comment